Friday 15 February 2013

Hiasan Bunga Dip Biru

Bismillah walhamdulillah

Entry kali ni kak laila ingin kongsikan beberapa lagi gubahan bunga dip biru.


Gubahan ini sesuai untuk dijadikan hiasan dalam pasu kaca


Selain itu, boleh juga digubah untuk dijadikan bunga telur..


Thursday 17 January 2013

Pertunangan Yatie & Aman

Bismillah walhamdulillah

Entry kali ni kak laila nak kongsikan gubahan sireh junjung sempena majlis pertunangan.
Gubahan ni adalah hasil gabungan bunga dip merah dan dipenuhi dengan bunga2 hidup di bahagian bawah. Kak laila menggunakan teknik 'centre' bagi menghasilkan gubahan yang berdiri di tengah-tengah


Monday 14 January 2013

Hiasan Bunga Dip Tulip Merah

Bismillah walhamdulillah

Gubahan bunga dip merupakan gubahan yang dianggap eksklusif. Apalagi jika digubah dalam bentuk tertentu pasti nampak mewah dan mahal. Oleh itu, kak laila ingin kongsikan kuntuman bunga dip tulip.


Gubahan ini kak laila hasilkan sesuai untuk meja sisi atau meja tamu..




Saturday 12 January 2013

Bermula Disini

Bismillah walhamdulillah

Sebagai seorang pencinta alam, kak laila sangat meminati bunga-bungaan. Atas minat yang cukup mendalam maka kak laila mula menjinakkan diri dalam bidang gubahan bunga serta barangan hantaran. Oleh itu, kak laila ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada bersama penggemar gubahan bunga yang lain. Semoga bermanfaat untuk semua terutamanya peminat-peminat gubahan bunga di Terengganu...